kalsium | calcium | Unsur logam yang lembut berwarna kelabu yang menghasilkan garam bila bertindakbalas dengan asid. Unsur ini juga penting dalam diet manusia. Kekurangannya memberi kesan negatif kepada pembentukan tulang dan gigi. Formula Ca. | Menengah Rendah |
kalsium silikat | calcium silicate | Sebatian kimia yang mengandungi kalsium, silikon dan oksigen. Kalsium silikat biasanya digunakan sebagai bahan penebat. Formula CaSiO3. | Menengah Rendah |
kalsium oksida | calcium oxide | Pepejal berwarna putih, larut dalam asid dan bertindak balas dengan air untuk membentuk kalsium hidroksida. Kalsium oksida digunakan untuk membuat racun serangga, racun kulat dan makanan ternakan. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur tohor. Formula CaO. | Menengah Rendah |
kalsium karbonat | calcium carbonate | Bahan berbentuk pepejal berwarna putih yang terdapat secara semula jadi sebagai kapur, batu kapur dan kalsit. Kalsium karbonat digunakan untuk membuat simen. | Menengah Rendah |
kalsium hidroksida | calcium hydroxide | Sebatian tak organik yang berbentuk hablur putih, larut dalam air, gliserol dan asid tetapi tidak larut dalam alkohol. Kalsium hidroksida banyak digunakan untuk membuat mortar dan simen. Bahan ini dikenali juga sebagai kapur mati. Formula Ca(OH)2. | Menengah Rendah |
kalsium klorida kontang | anhydrous calcium chloride | Bahan berbentuk hablur berwarna putih yang digunakan untuk menyerap wap air. Formula CaCl2. | Menengah Rendah |
kalsium klorida kontang | anhydrous calcium chloride | Serbuk berwarna putih yang menyerap wap air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |