pemuliharaan | conservation | Proses penjagaan dan perlindungan alam sekitar. Contohnya, menanam semula pokok. | Sekolah Rendah |
pemuliharaan | conservation | Usaha untuk memulihkan sumber alam yang hampir mengalami kepupusan. | Menengah Atas |
pemuliharaan alam | conservation | Proses pelaksanaan pelan pengurusan ekosistem untuk melindungi kepelbagaian sumber bumi. | Menengah Rendah |
keabadian tenaga | conservation of energy | Jumlah tenaga dalam sesuatu sistem adalah malar. Tenaga hanya boleh berubah daripada suatu bentuk kepada bentuk yang lain. | Menengah Atas |
keabadian momentum linear | conservation of linear momentum | Jumlah momentum sebelum dan selepas pelanggaran sesuatu objek adalah sama, dengan syarat tiada daya luar bertindak pada objek tersebut. | Menengah Atas |
prinsip keabadian momentum | principle of conservation of momentum | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah momentum sebelum perlanggaran sama dengan jumlah momentum selepas perlanggaran dengan andaian tiada daya luar dikenakan seperti daya geseran. | Menengah Atas |
prinsip keabadian jisim | law of conservation of mass | Prinsip yang menyatakan bahawa jumlah jisim bahan sebelum berlakunya perubahan kimia, iaitu bahan tindak balas, adalah sama dengan jumlah jisim bahan sesudah berlakunya perubahan kimia, iaitu hasil tindak balas. | Menengah Atas |