Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
komponencomponent1. Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan sesuatu. Contohnya, komponen komputer terdiri daripada papan kekunci, skrin dan unit pemprosesan pusat. 2. Bahan atau zat yang membentuk sesuatu. Contohnya, nitrogen ialah komponen penting bagi proteinSekolah Rendah
pigmenpigment1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya.Menengah Atas
serbukpowderBahan yang berbutir halus. Contohnya, serbuk kopi dan tepung. Lihat RajahSekolah Rendah
penyahhutanandeforestationPemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, pembasmian hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan.Sekolah Rendah
penyahhutanandeforestationProses pemusnahan hutan secara kekal. Contohnya, penebangan hutan untuk membuat jalan raya dan bangunan.Menengah Rendah
pengeluarproducerOrganisma yang menghasilkan makanannya sendiri. Contohnya, tumbuh-tumbuhan hijau menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis.Menengah Rendah
pemangsapredatorHaiwan yang memakan haiwan lain. Contohnya, harimau.Menengah Rendah
penyerapabsorbentBahan yang mampu menyerap cecair. Contohnya, tuala dan tisu.Sekolah Rendah
herbivorherbivoreHaiwan yang memakan tumbuhan sahaja. Contohnya, rusa. Lihat RajahSekolah Rendah
berisifleshySifat buah yang banyak isinya. Contohnya, buah mangga. Lihat RajahSekolah Rendah
12345678910...

Kembali ke atas