teras matahari | core of the sun | Bahagian yang berada di tengah-tengah matahari yang menjadi tempat pembakaran gas hidrogen. | Menengah Rendah |
anak mata | pupil | Bahagian bukaan kecil bulat berwarna hitam di tengah-tengah iris mata yang berfungsi untuk mengawal kemasukan cahaya ke dalam retina. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
diameter | diameter | Garis lurus bermula dari sisi bulatan ke sisi satu lagi, melalui pusat bulatan yang berada di tengah-tengah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
kanta cembung | convex lens | Kanta yang menyebabkan sinaran cahaya tertumpu pada satu titik. Kanta ini lebih tebal di bahagian tengah berbanding bahagian sisinya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
mantel | mantle | Lapisan tengah yang terletak di antara teras bumi dengan kerak bumi. Lihat Rajah | Menengah Rendah |