tujah ke atas | upthrust | Daya ke atas yang dikenakan terhadap jasad yang terendam di dalam bendalir. Nilai daya tersebut adalah sama dengan berat bendalir yang disesarkan. | Menengah Atas |
medan magnet | magnetic field | Kawasan sekitar magnet yang daya dikenakan ke atas bahan magnet yang boleh dikesan. | Menengah Atas |
kekenyalan | elasticity | Keupayaan bahan untuk kembali ke bentuk asal selepas dikenakan daya luaran. | Menengah Rendah |
sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kekuatan regangan | tensile strength | Keupayaan maksimum bahan dapat bertahan tanpa putus apabila dikenakan daya. | Menengah Atas |
momen daya | moment of a force | Ukuran kecenderungan daya untuk memutarkan jasad yang dikenakan daya itu. | Menengah Rendah |
kekenyalan | elasticity | Keupayaan sesuatu bahan yang boleh kembali kepada saiz, panjang atau bentuk dimensi asalnya setelah daya yang dikenakan ke atasnya dialihkan. | Menengah Atas |
kekerasan | hardness | Sifat jirim dalam fasa pepejal yang memberikan rintangan yang tinggi kepada pelbagai jenis perubahan bentuk apabila daya dikenakan. | Menengah Atas |
hukum Ohm | Ohm’s law | Hukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor berkadaran terus dengan voltan yang dikenakan terhadap litar tersebut jika suhu dan ciri fizikal lain ditetapkan. | Menengah Rendah |
hukum Hooke | Hooke law | Hukum yang menyatakan bahawa hubungan pemanjangan dan pemampatan sesuatu bahan kenyal berkadar terus dengan daya yang dikenakan. | Menengah Atas |