nutrien | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan dan penting dalam metabolisme badan. Nutrien seperti protein, mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan dengan sempurna. | Menengah Rendah |
kokaina | cocaine | Bahan yang diperoleh daripada daun koka yang memberi kesan rangsangan, narkotik dan digunakan dalam ubat bius. | Menengah Rendah |
zimase | zymase | Enzim yang diperoleh daripada yis dan berupaya memecahkan gula kepada alkohol dan karbon dioksida. | Menengah Atas |
sulingan | distillate | Cecair tulen yang diperoleh daripada proses penyulingan. | Menengah Rendah |
mendakan | precipitate | Hasil pepejal yang diperoleh daripada sesuatu tindak balas kimia yang berlaku dalam larutan. Contohnya, argentum klorida terhasil apabila larutan natrium klorida ditambah ke dalam larutan argentum nitrat. | Menengah Rendah |
kalori | calorie | Nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan. 1 kalori tenaga haba bersamaan dengan 4.1840 joule. | Menengah Rendah |
bahan kimia | chemicals | Bahan yang diperoleh melalui proses kimia atau bahan yang digunakan dalam proses kimia. | Menengah Rendah |
zat makanan | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan seperti protein, karbohidrat yang diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan yang sempurna. | Sekolah Rendah |
lateks | latex | Susu getah yang diperoleh daripada pokok getah. | Menengah Atas |
tenaga suria | solar energy | Tenaga yang diperoleh daripada matahari, iaitu tenaga cahaya dan tenaga haba. Tenaga suria dipancarkan dalam bentuk sinaran elektromagnet. | Menengah Rendah |