kutub magnet | magnetic pole | Kawasan yang terletak pada hujung magnet kekal. Hujung magnet yang menghala ke utara disebut kutub utara dan yang menghala ke selatan disebut kutub selatan. Kutub yang berlainan menarik antara satu sama lain, manakala kutub yang sama menolak antara satu sama lain. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
parasit | parasite | Organisma yang hidup di permukaan atau di dalam perumah. Parasit mendapatkan keuntungan daripada perumah tetapi memudaratkan perumah tersebut. Parasit yang hidup di permukaan perumah disebut ektoparasit, manakala yang hidup di dalam perumah disebut endoparasit. | Menengah Rendah |
homoioterma | homoiotherm | Haiwan yang suhu badannya malar dan bebas daripada pengaruh suhu persekitaran. Homoioterma umumnya disebut haiwan berdarah panas. Contohnya, burung dan mamalia. | Menengah Rendah |
ion | ion | Atom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion. | Menengah Atas |
mitokondria | mitochondria | Organel berbentuk batang atau sfera yang terdapat dalam sitoplasma semua sel aktif, kecuali sel bakteria dan alga biru-hijau. Mitokondria mempunyai dua lapisan membran, iaitu membran luar dan membran dalam yang berlipat-lipat yang disebut krista. | Menengah Atas |