super raksasa | super giant | Bintang yang besar dan mempunyai beribu-ribu kali lebih besar kecerahan daripada matahari dan mempunyai diameter lebih daripada 100 kali diameter bumi. Bintang super raksasa adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
arus ulang-alik (a.u) | alternating current (a.c.) | Arus elektrik yang arah pengalirannya berubah beberapa kali dalam sesaat. | Menengah Rendah |
bintang raksasa merah | red giant star | Bintang raksasa yang mempunyai suhu permukaan antara 2000 - 3000 Kelvin dan diameternya 10 - 100 kali ganda diameter matahari. Bintang raksasa merah adalah dalam fasa kematian bintang. | Menengah Rendah |
bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
kanser | cancer | Sejenis penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan, yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal, tidak terkawal dan sering kali merebak dan merosakkan bahagian lain. | Menengah Atas |
aurora | aurora | Fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |