[gem.pa] | ݢمڤا
Definisi : goncangan (bumi), lindu; ~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan; menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[gem.pa] | ݢمڤا
Definisi : 1 = bergempa bergerak bergentar atau bergoncang. 2 = ~ bumi gerakan (goncangan) bumi yg tiba-tiba. menggempakan menjadikan bergempa; menggegarkan atau menggoncang: Letupan yg kuat itu telah ~ kawasan sekelilingnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)