ginjal | kidney | Sepasang organ perkumuhan yang terletak dalam rongga abdomen vertebrat. Organ ini berfungsi mengawal tekanan osmosis darah melalui penyingkiran bahan kumuh dalam bentuk air kencing. | Menengah Rendah |
ginjal | kidney | Organ perkumuhan yang terletak di bahagian abdomen vertebrata. Ginjal terdiri daripada bahagian luar, iaitu korteks, dan bahagian dalam, iaitu medula. Ia berfungsi menuras darah, mengumuh hasil akhir metabolisme dalam bentuk air kencing, dan mengawal tekanan osmosis darah. | Menengah Atas |
urin | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul dalam pundi kencing yang dikenali juga sebagai air kencing. | Menengah Atas |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal dan terkumpul di dalam pundi kencing. Cecair ini mengandungi air yang berlebihan, garam dan bahan buangan bernitrogen seperti urea. | Menengah Rendah |
air kencing | urine | Cecair yang dikumuhkan oleh ginjal. Air kencing disimpan di dalam pundi kencing. | Sekolah Rendah |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. | Menengah Rendah |
ureter | ureter | Salur yang membawa air kencing dari ginjal ke pundi kencing. Lihat Rajah | Menengah Atas |
medula | medulla | Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu seperti pada ginjal dan sumsum tulang. Pada tumbuhan, medula merupakan bahagian tengah atau empulur batang. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
kelenjar adrenal | adrenal gland | Kelenjar endokrin yang terdapat di bahagian atas permukaan ginjal yang merembeskan hormon adrenalina. | Menengah Atas |
gelung Henle | loop of Henle | Bahagian tubul yang menurun ke dalam medula ginjal, dan dikelilingi oleh jalinan kapilari pada nefron. Lingkaran ini terlibat dalam proses penyerapan semula air dan garam mineral dari tubul ke dalam darah. Lihat Rajah | Menengah Atas |