Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[glo.bal] | ݢلوبل

Definisi : 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~; mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[glo.bal] | ݢلوبل

Definisi : 1 bkn dunia seluruhnya: Penipisan lapisan ozon merupakan masalah ~. 2 pd keseluruhannya, pd umumnya. mengglobal meluas ke seluruh dunia: Tersebarnya wabak penyakit itu telah ~ hingga banyak yg terkorban. mengglobalkan menjadikan sesuatu bersifat global: Mereka diminta memandang jauh dan ~ pemikiran mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata global


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pemanasan globalglobal warmingFenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan.Menengah Rendah
pemanasan globalglobal warmingProses peningkatan suhu purata atmosfera bumi yang boleh menyebabkan perubahan pada pola cuaca dan akan mengakibatkan bencana seperti tsunami dan kemarau.Sekolah Rendah
pemanasan globalglobal warmingPertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah hijau yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan ais di kutub.Menengah Atas

Kembali ke atas