Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : (hiérarki) susunan atau kedudukan tinggi rendah (dlm organisasi, masyarakat, dsb) berdasarkan taraf atau kekuasaan: syarat ke­masukan ke dlm ~ syarikat dan peluang utk mencapai kedudukan tinggi sebahagian besarnya ditentukan oleh tingkat pendidikan; berhierarki mempunyai hierarki: masyara­kat kasta secara unggulnya ~ sifatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hié.rar.ki] | هيررکي

Definisi : /hirarki/ tatatingkat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hierarki (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kedudukan, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred.,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hierarkihierarchyPengkelasan dan himpunan organisma mengikut peringkat ciri sepunya.Menengah Atas
piramid nomborpyramid of numbersHierarki yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat dalam sesuatu rantai makanan.Menengah Rendah

Kembali ke atas