tujah ke atas | upthrust | Daya ke atas yang dikenakan terhadap jasad yang terendam di dalam bendalir. Nilai daya tersebut adalah sama dengan berat bendalir yang disesarkan. | Menengah Atas |
sistem hidraulik | hydraulic system | Suatu alat yang membolehkan satu daya kecil dikenakan ke atas sebuah omboh keluasan kecil dipindahkan melalui bendalir untuk menghasilkan suatu daya lebih besar ke atas omboh keluasan lebih besar. Lihat Rajah | Menengah Atas |
keapungan | buoyancy | Daya ke atas yang bertindak terhadap sesuatu jasad yang separuh atau sepenuhnya terendam di dalam bendalir. | Menengah Rendah |
berat | weight | Daya yang bertindak ke atas jisim jasad disebabkan tarikan graviti bumi. Berat diukur dalam unit newton, N. | Menengah Rendah |
daya | force | Tolakan dan tarikan ke atas sesuatu objek yang memberi kesan. Daya membolehkan sesuatu objek bergerak, bertambah laju, berhenti bergerak, berubah bentuk dan bertukar arah. | Sekolah Rendah |
berat | weight | Tarikan daya graviti ke atas sesuatu objek. | Sekolah Rendah |
daya apung | buoyant force | Daya tolakan ke atas yang membolehkan sesuatu jasad yang terendam di dalam bendalir dapat terapung. | Menengah Rendah |
magnet | magnet | Bahan yang berupaya mengenakan daya tarikan ke atas bahan yang diperbuat daripada besi. | Menengah Rendah |
tinggi | height | Panjang benda atau objek dari bawah ke atas. | Sekolah Rendah |
meteorit | meteorite | Meteor yang tidak terbakar dan jatuh ke atas tanah membentuk kawah. Kandungannya ialah 90 peratus batu dan bakinya mengandungi nikel dan besi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |