ion | ion | Atom atau molekul yang kehilangan elektron, atau yang memperoleh elektron. Ion positif terbentuk apabila atom kehilangan elektron, dan ion negatif terbentuk apabila atom menerima elektron. Ion positif dikenali sebagai kation manakala ion negatif disebut anion. | Menengah Atas |
kepupusan | extinction | Kehilangan sesuatu spesies hidupan seperti haiwan dan tumbuhan daripada muka bumi. Kepupusan ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pemburuan haram, peningkatan suhu dunia, pembakaran hutan dan pencemaran. | Menengah Rendah |
transpirasi | transpiration | Proses kehilangan air dari permukaan daun tumbuhan secara penyejatan. | Menengah Rendah |
gutasi | guttation | Proses kehilangan air yang berlebihan melalui liang hidatod dalam betuk titisan air. Proses ini biasanya berlaku dalam keadaan kelembapan udara yang tinggi pada waktu malam. | Menengah Atas |
layu | wilt | Keadaan tumbuhan akibat kehilangan air. | Menengah Atas |
kadar transpirasi | rate of transpiration | Kadar kehilangan air melalui penyejatan pada permukaan tumbuhan dalam bentuk wap air ke persekitaran. | Menengah Atas |
plasmolisis | plasmolysis | Proses pengecutan protoplasma sel akibat kehilangan air disebabkan oleh tekanan osmosis yang tinggi. | Menengah Atas |
berat ketara | apparent weight | Ukuran berat yang mengalami kehilangan berat apabila berada di dalam cecair. | Menengah Atas |
layu | wilt | Keadaan kering dan kecut pada tumbuhan akibat kehilangan air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
krenasi | crenation | Proses pengecutan sel haiwan yang disebabkan oleh kehilangan air daripada sitoplasma sel ke persekitaran yang hipertonik. | Menengah Atas |