[kom.po.si.si] | کومڤوسيسي
Definisi : 1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. bahagian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk peribumi dan bukan peribumi; mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kom.po.si.si] | کومڤوسيسي
Definisi : campuran atau gabungan bahan utk membentuk sesuatu bahan lain: ~ bahan itu ditunjukkan dgn formula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)