orbit | orbit | Laluan suatu jasad angkasa lepas untuk mengelilingi jasad yang lain akibat saling tindakan daya graviti masing-masing. Contohnya, orbit yang dilalui oleh bulan di bawah pengaruh bumi. | Menengah Rendah |
orbit | orbit | Laluan yang diikuti oleh planet semasa beredar mengelilingi matahari. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
protein liang | pore protein | Laluan merentasi molekul protein yang dilalui oleh ion dan molekul kecil menyeberangi membran plasma dalam atau keluar dari sel dengan kaedah peresapan. | Menengah Atas |
arka refleks | reflex arc | Laluan impuls tindakan refleks. | Menengah Atas |
litar selari | parallel circuit | Litar yang mempunyai beberapa laluan bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |
gambar rajah sinar | ray diagram | Rajah yang menunjukkan laluan sesuatu sinaran melalui sistem optik. | Menengah Atas |
gambar rajah sinar | ray diagram | Gambar rajah yang menunjukkan laluan sinaran. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
dubur | anus | Bukaan pada hujung salur makanan yang merupakan laluan saki-baki makanan yang tidak tercerna dan bahan-bahan yang tidak perlu, untuk dikeluarkan dari badan. | Menengah Atas |
litar selari | parallel circuit | Litar yang arusnya terbahagi kepada dua laluan atau lebih sebelum bertemu untuk membentuk litar lengkap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
litar bersiri | series circuit | Litar yang semua bahagiannya disambung dari hujung ke hujung untuk membenarkan satu laluan sahaja bagi aliran arus elektrik. | Menengah Rendah |