limfa | lymph | Cecair berwarna kekuningan yang terdapat dalam salur limfa. | Menengah Atas |
nodus limfa | lymphatic nodes | Nodus yang terdapat pada sistem limfa. Ia didapati di leher, groin dan ketiak serta berfungsi sebagai penapis mikroorganisma dan menghasilkan limfosit. | Menengah Atas |
sistem limfa | lymphatic system | Jaringan pembuluh yang mengangkut elektrolit, air, protein dan lain-lain, dalam bentuk limfa ke aliran darah. | Menengah Atas |
limfosit | lymphocyte | Sel darah putih yang kecil, mempunyai satu nukleus, tidak bersifat fagosit, dan menghasilkan antibodi. Limfosit dihasilkan oleh tisu limfa, dan terdapat dalam darah dan limfa. | Menengah Atas |
lakteal | lacteal | Salur limfa yang terdapat dalam vilus usus kecil vertebrata. | Menengah Atas |
dermis | dermis | Lapisan tisu bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, kelenjar peluh dan saluran limfa. Lihat Rajah | Menengah Atas |
sistem peredaran | circulatory system | Sistem yang mengandungi siri salur yang mengalirkan cecair. Contohnya, sistem peredaran darah dan sistem limfa. | Menengah Rendah |
persekitaran dalaman | internal environment | Bendalir yang mengelilingi sel-sel hidup dalam organisma multisel, yang terdiri daripada bendalir luar sel plasma darah dan bendalir limfa. | Menengah Atas |
leukemia | leukaemia | Sejenis penyakit kanser darah yang disebabkan peningkatan jumlah sel darah putih yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada darah, sumsum tulang dan limfa. | Menengah Rendah |