tabiat makan | eating habits | Pola pemakanan dan jenis makanan yang cenderung dimakan oleh organisma. | Menengah Rendah |
tabiat makan | eating habit | Pola pemakanan dan jenis makanan yang biasanya dimakan oleh seseorang. | Menengah Atas |
tempat tinggal | home | Tempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
rantai makanan | food chain | Pemindahan tenaga daripada tumbuhan hijau (pengeluar) melalui satu urutan organisma. Satu organisma akan makan organisma di aras rantai makanan yang lebih rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kwasyiorkor | kwashiorkor | Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan protein dalam diet, untuk tempoh yang panjang lazimnya berlaku pada kanak-kanak yang berusia antara satu hingga tiga tahun. Antara gejala penyakit ini ialah kehilangan selera makan, kekurangan berat badan, dan pertumbuhan yang terbantut. | Menengah Atas |