pengovulan | ovulation | Proses pelepasan ovum yang telah matang dari ovari. | Menengah Rendah |
mekanisme letupan | explosive mechanism | Cara penyebaran biji benih. Buah yang matang akan meletup dan membolehkannya tersebar ke persekitaran. Contohnya, biji getah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
belahan dedua | binary fission | Sejenis pembiakan aseks, iaitu pembelahan sel induk yang matang untuk membentuk dua sel anak yang serupa. Contohnya, pembiakan ameba. | Menengah Rendah |
pong-pong | pong-pong | Buah yang beracun, kalis air, kulit berserabut apabila matang dan dipencarkan melalui air. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pembelahan dedua | binary fission | Pembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua. | Menengah Atas |
pertunasan | budding | Proses pembiakan aseks yang melibatkan perkembangan unjuran atau tunas pada tumbuhan yang matang. Pembentukan individu baharu terhasil daripada tunas yang tertanggal daripada induk. | Menengah Rendah |
kekabu | kapok | Sejenis pokok yang buahnya berisi bahan seperti kapas dan berwarna putih. Buah kekabu yang matang, akan pecah dan memencarkan biji berwarna perang gelap yang diselaputi kekabu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
mikropil | micropyle | Liang pada bahagian hujung ovul yang membolehkan tiub debunga masuk. Liang ini dapat dilihat pada kulit biji benih yang matang. Liang ini membenarkan udara dan wap air masuk. Lihat Rajah | Menengah Rendah |