Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ma.ni.pu.la.si.kan] | ممانيڤولاسيکن

Definisi : 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum menge-nali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg cu­rang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ma.ni.pu.la.si.kan] | ممانيڤولاسيکن

Definisi : 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memanipulasikan


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kejuruteraan genetikgenetic engineeringTeknik atau proses memanipulasikan DNA, atau RNA daripada spesies yang berlainan secara uji kaji, untuk menghasilkan DNA rekombinan yang mengandungi gen daripada kedua-dua spesies yang berkenaan.Menengah Atas

Kembali ke atas