Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian: Banjaran Besar Tanah Melayu bukan sahaja ~ Tanah Melayu kpd dua bahagian tetapi juga kpd dua iklim; sastera Melayu dapat dibahagikan kpd sastera lama dan sastera moden; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1. membelah (memecahkan, memisahkan) menjadi beberapa bahagian (yg sama): keuntungan itu dibahagi dua; 2. memecahkan dan memberikan kpd: hasil kutipan itu dibahagi rata kpd rumah-rumah anak yatim piatu; 3. memecahkan sesuatu bilangan (jumlah, angka) dgn sesuatu bilangan atau angka lain: lapan dibahagi empat; ~ konkrit mencari beberapa kali sesuatu angka yg terdapat di dlm angka lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.ba.ha.gi] | ممبهاݢي

Definisi : 1 memecah kpd beberapa belahan. 2 membuat kira-kira bahagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membahagi


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
tisu meristemmeristematic tissueTisu tumbuhan yang pesat membahagi, dan dengan itu cepat menghasilkan sel atau tisu baru. Tisu ini terdapat di bahagian pertumbuhan aktif seperti tisu pucuk dan akar.Menengah Atas
meiosismeiosisPembahagian nukleus yang menyebabkan bilangan kromosom menjadi separuh. Meiosis berlaku pada dua peringkat. Peringkat meiosis I menghasilkan dua nukleus anak yang haploid. Peringkat meiosis II, setiap nukleus anak tersebut membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua nukleus anak. Oleh yang demikian, pembahagian satu sel diploid akan menghasilkan empat sel haploid.Menengah Atas

Kembali ke atas