Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.ji] | مڠوجي

Definisi : 1. memeriksa mutu emas dgn meng-gunakan batu uji; 2. memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaannya yg sebenar (kekuatan-nya, kebaikannya, dll): dia mengambil la­ding pusaka itu serta ~-uji ketajaman matanya dgn belakang kuku; dia benar-benar hendak ~ cakap saya; 3. menduga kepandaian (ke-cekapan, kecerdasan, dll), memeriksa (supaya mengetahui sesuatu), menduga (perasaan sese-orang dll): memberi­kan markah itu hanya berguna kalau guru hendak ~ kanak-kanak dlm sesuatu perkara; akhbar-akhbar ini banyak ~ perasaan para pembaca melalui liputan yg agak berani; diuji sama merah, ditahil (dikati) sama berat prb sudah sepadan benar (suami isteri); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.ji] | مڠوجي

Definisi : 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uji
Kata Terbitan : menguji, teruji, ujian, pengujian, penguji,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kertas litmuslitmus paperKertas untuk menguji sesuatu larutan sama ada asid atau alkali. Kertas litmus biru digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran asid dalam sesuatu bahan. Kertas litmus merah digunakan sebagai penunjuk kimia kehadiran alkali dalam sesuatu bahan. Lihat RajahSekolah Rendah
ujian MillonMillon’s testUjian untuk menguji kehadiran protein. Mendakan putih terbentuk apabila protein ditambahkan dengan reagen Millon. Kemudian, mendakan putih bertukar menjadi merah bata apabila campuran dipanaskan.Menengah Rendah
kertas litmuslitmus paperKertas yang digunakan untuk menguji sama ada sesuatu larutan itu berasid atau beralkali. Kertas litmus akan bertukar daripada warna biru kepada merah jika larutan itu berasid. Kertas litmus merah akan bertukar kepada biru jika larutan itu beralkali.Menengah Rendah
penunjuk hidrogen karbonathydrogen carbonate indicatorPenunjuk yang digunakan untuk menguji kehadiran gas karbon dioksida. Penunjuk ini akan bertukar warna daripada merah kepada kuning yang menunjukkan kehadiran karbon dioksida.Menengah Rendah

Kembali ke atas