Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.rang.kan] | مڠورڠکن

Definisi : 1. menjadikan kurang, menyusutkan, memotong (menjadikan sedikit): rancangan pembangunan negara akan ~ bilangan orang yg menganggur; langkah-langkah kesihatan telah diambil utk ~ bahaya penyakit; 2. memotong (mengambil, menolak) dr (sesuatu jumlah dsb): harganya akan dikurangkan 20% jika dibayar tunai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.rang.kan] | مڠورڠکن

Definisi : menyebabkan jadi kurang; menyusutkan: Berbagai-bagai langkah telah diambil oleh kerajaan utk ~ kemalangan yg berlaku di jalan raya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pelincirlubricantCecair yang boleh mengurangkan geseran antara dua permukaan. Contohnya, minyak dan gris.Sekolah Rendah
detergendetergentAgen pembersih yang boleh mengurangkan tegangan permukaan air, meningkatkan pembasahan, pengemulsian, penyerakan dan boleh berfungsi dalam air liat.Menengah Atas
transformer injak turunstep-down transformerAlat yang mengurangkan voltan.Menengah Rendah
penebat habaheat insulatorBahan yang digunakan untuk mengurangkan atau menghalang pemindahan haba. Contohnya, senduk kayu.Menengah Rendah
bahan pendingincoolantBahan bendalir yang digunakan untuk mengurangkan suhu sesuatu sistem secara proses perolakan. Contohnya, air dan etilena glikol.Menengah Atas
grisgreaseBahan berminyak dan pekat, yang digunakan untuk mengurangkan geseran, dan memudahkan pergerakan objek. Lihat RajahSekolah Rendah
penjimatan tenaga elektrikconserving electrical energyProses penjimatan elektrik untuk mengurangkan kos tenaga elektrik.Menengah Rendah
pemfluoridaanfluoridationProses penambahan garam florida, biasanya natrium fluorida ke dalam bekalan air untuk mengurangkan kejadian karies gigi.Menengah Rendah
tapak pelupusan sampahlandfillKawasan pembuangan sampah sarap. Sampah sarap akan dimampatkan dan dikambus dengan tanah untuk mengurangkan bau, menghalang kebakaran dan wabak penyakit. Lihat RajahSekolah Rendah
alas bebolaball bearingAlat yang berbentuk bulat dan mempunyai ruang sempit yang memuatkan bebola besi kecil untuk mengurangkan geseran dan menyokong bebanan. Lihat RajahMenengah Rendah
12

Kembali ke atas