Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka ber­terang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. mem­beri keterangan (penjelasan), menerang­kan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjuk­kan oleh besi itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nun.ju/.kan] | منونجوقکن

Definisi : 1 memperlihatkan se­­­suatu kpd: Ia ~ baju jahitannya kpd emak­nya. 2 menunjuk dgn; menggunakan sesuatu utk menunjuk. 3 memberikan keterangan atau penjelasan: Ia ~ cara membuat gubahan itu. 4 menyatakan; menandakan: Kesalahannya menjawab soalan-soalan itu ~ bahawa ia tidak mem­baca buku di rumah. 5 memberitahukan tempat letaknya atau arah sesuatu: Polis itu ~ jalan ke pejabat pos. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Menunjukkan ilmu kepada orang yang menetek.

Bermaksud :

Membuat pekerjaan yang sia-sia.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
garis dayaline of forceGaris yang menunjukkan corak medan elektrik atau magnet di sekeliling konduktor atau magnet tersebut. Anak panah biasanya digunakan untuk menunjukkan arah daya.Menengah Atas
hidrotropismehydrotropismPergerakan yang berlaku pada sebahagian tumbuhan sebagai gerak balas terhadap kehadiran air atau lembapan. Contohnya, akar menunjukkan hidrotropisme positif kerana tumbuh ke arah kawasan lembap atau berair, manakala hipokotilnya menunjukkan hidrotropisme negatif kerana tumbuh menjauhi air.Menengah Atas
petua genggaman tangan kananright hand grip rulePanduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat RajahMenengah Rendah
piktografpictographCara menunjukkan data melalui perwakilan simbol atau imej.Sekolah Rendah
penunjukindicatorBahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, larutan iodin digunakan sebagai penunjuk kehadiran kanji.Menengah Rendah
lengkung pertumbuhangrowth curveGraf yang menunjukkan kadar pertumbuhan umum sesuatu organisma dalam sesuatu tempoh.Menengah Rendah
kompascompassAlat yang digunakan untuk menunjukkan arah mata angin. Kompas biasanya mempunyai skala bulat yang disenggat dalam unit darjah dan ditandai dengan mata angin utama, iaitu utara, selatan, barat dan timur.Menengah Rendah
jam mataharisundialAlat yang dapat menunjukkan masa dengan menggunakan bayang-bayang matahari. Lihat RajahSekolah Rendah
struktur LewisLewis structureRajah yang menunjukkan ikatan antara molekul atau sebatian yang melibatkan perkongsian elektron di petala paling luar. Lihat RajahMenengah Atas
penunjukindicatorBahan yang digunakan untuk menunjukkan kehadiran sesuatu bahan tertentu melalui perubahan warna. Contohnya, fenolftalein, iodin, dan larutan Benedict.Menengah Atas
123

Kembali ke atas