metabolisme | metabolism | Proses biokimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. | Menengah Atas |
proses metabolisme | metabolic process | Perubahan kimia dan fizikal yang berlaku dalam badan dan membolehkan pertumbuhan badan yang berterusan. | Menengah Atas |
anabolisme | anabolism | Proses metabolisme yang membina molekul kompleks daripada bahan ringkas dengan menggunakan tenaga. | Menengah Atas |
metabolit | metabolite | Bahan yang terhasil daripada proses metabolisme. | Menengah Atas |
vesikel | vesicle | Rongga kecil atau kantung yang mengandungi hasil metabolisme, dikelilingi membran, dan mungkin terdapat di dalam sitoplasma sel atau organel. | Menengah Atas |
nutrien | nutrient | Bahan yang diperoleh daripada makanan dan penting dalam metabolisme badan. Nutrien seperti protein, mineral, karbohidrat, lemak dan vitamin diperlukan oleh badan untuk pertumbuhan dan pelaksanaan fungsi badan dengan sempurna. | Menengah Rendah |
gout | gout | Penyakit radang sendi yang menyakitkan, disebabkan oleh gangguan metabolisme yang mengakibatkan pengumpulan asid urik dalam darah dan pemendapan natrium urat di sekeliling sendi. | Menengah Atas |
rawatan kumbahan | waste treatment | Rawatan terhadap bahan sampingan yang terhasil daripada proses metabolisme organisma. Contohnya, bahan buangan urea, karbon dioksida dan air. | Menengah Atas |
adenosina trifosfat | adenosine triphosphate | Sebatian kimia yang bertenaga tinggi dan memainkan peranan yang penting dalam metabolisme. | Menengah Atas |
kelompok sel Langerhans | islets of Langerhans | Sel-sel pankreas yang mengeluarkan insulin dan glukagon, dua regulator penting dalam metabolisme gula. | Menengah Atas |