perkakas | appliance | Peralatan yang dicipta untuk memudahkan sesuatu pekerjaan. Contohnya, seterika elektrik dicipta untuk memudahkan kerja menyeterika pakaian. | Sekolah Rendah |
corong | funnel | Sejenis peralatan makmal yang mempunyai mulut yang luas dan berbatang tirus. Corong digunakan untuk memasukkan cecair ke dalam botol atau bekas. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
piring petri | petri dish | Peralatan makmal yang berbentuk bulat dan cetek dengan dasar yang mendatar, bahagian tepi yang tegak serta berpenutup. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
sel kering | dry cell | Sumber tenaga yang digunakan dalam peralatan elektrik yang bervoltan rendah. Sel kering digunakan dalam lampu suluh. | Menengah Rendah |
wul keluli | steel wool | Gumpalan benang keluli yang sangat halus, yang digunakan untuk membersihkan sesuatu peralatan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
plag tiga pin | three-pin plug | Alat atau suis yang mempunyai tiga pin yang digunakan untuk menghubungkan peralatan elektrik kepada sumber kuasa. | Menengah Rendah |
makmal | laboratory | Tempat khas untuk menjalankan eksperimen yang mempunyai pelbagai kemudahan seperti bahan kimia, radas makmal dan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api. | Menengah Rendah |
wayar neutral | neutral wire | Wayar yang membawa arus elektrik dalam operasi normal. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru bagi peralatan elektrik, dan hitam bagi sistem pendawaian dan penghantaran elektrik. | Menengah Atas |
sel kering | dry cell | Sel primer yang mempunyai katod karbon atau grafit bersalut dengan mangan dioksida (sebagai agen penyahkutuban) dalam adunan ammonium klorida (sebagai elektrolit yang tidak bergerak), yang dikedapkan dengan anod zink, yang lazimnya berbentuk bulat. Sel ini digunakan dalam peralatan yang menggunakan voltan rendah. Lihat Rajah | Menengah Atas |