asetilkolina | acetylcholine | Salah satu neuropemancar utama dalam sistem saraf vertebrata. | Menengah Atas |
adenina | adenine | Salah satu bes bernitrogen dalam nukleotida. | Menengah Atas |
angiosperma | angiosperm | Kumpulan tumbuhan berbunga, iaitu salah satu daripada dua subdivisi Spermatophyta (tumbuhan berbiji), mempunyai ovul yang terlindung di dalam ovari dan dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu monokotiledon dan dikotiledon. | Menengah Atas |
duodenum | duodenum | Bahagian pertama usus kecil vertebrata, salah satu tempat pencernaan makanan yang menerima cairan dari pundi hempedu serta pankreas. | Menengah Atas |
dominan | dominant | Sifat yang lebih kuat pengaruhnya yang diwarisi daripada salah satu induk. Sifat ini akan menutupi sifat lain yang diwarisi daripada induk yang satu lagi. | Menengah Atas |
protozoa | protozoa | Organisma satu sel yang mempunyai satu nukleus atau lebih dan merupakan salah satu organisma yang paling ringkas. Organisma ini membiak secara belahan dedua. Contohnya, ameba dan paramesium. | Menengah Rendah |
galaksi Bima Sakti | Milky Way galaxy | Kumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini. | Menengah Rendah |
ameba | amoeba | Sejenis hidupan satu sel yang boleh berubah bentuknya. Kebanyakan ameba hidup bebas dalam air tawar dan kawasan yang lembap seperti tanah dan lumpur. Ameba merupakan salah satu daripada kelompok protozoa. Nama saintifik Amoeba sp. Lihat Rajah | Menengah Rendah |