pergerakan Brown | Brownian movement | Pergerakan secara rawak yang berlaku secara berterusan kerana zarah-zarah bergerak dan berlanggar antara satu sama lain. Gerakan Brown tidak terhad kepada pergerakan zarah gas sahaja tetapi juga berlaku pada cecair. | Menengah Rendah |
metamorfosis | metamorphosis | Perubahan struktur dan fisiologi yang berlaku dalam kitar hidup sesuatu organisma daripada peringkat awal sehingga dewasa, seperti yang berlaku pada serangga dan amfibia. Perubahan ini berlaku secara mendadak atau secara beransur-ansur. Metamorfosis terbahagi kepada metamorforsis tak lengkap dan metamorfosis lengkap. | Menengah Atas |
nyahcas | discharge | Peneutralan cas, sama ada secara penyingkiran elektron bagi ion bercas positif atau secara penerimaan elektron bagi ion bercas negatif dalam sel elektrolisis. | Menengah Atas |
mineral | mineral | Pepejal tak organik berhablur yang wujud secara semula jadi dalam kerak bumi. Mineral lazimnya diperoleh secara perlombongan. | Menengah Rendah |
rizom | rhizome | Batang yang tumbuh secara mendatar di bawah tanah yang menjadi organ penyimpanan makanan. Rizom membesar dan akan membentuk tumbuhan baharu secara pembiakan vegetatif (pembiakan tampang). Contohnya, kunyit dan halia. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
pembelahan dedua | binary fission | Pembiakan aseks yang berlaku secara pembahagian sel induk yang matang, untuk membentuk dua sel anak. Setiap anak sel itu akan membesar menjadi induk. Kebanyakan organisma unisel, seperti ameba, membiak secara pembelahan dedua. | Menengah Atas |
pemburuan secara haram | illegal hunting | Aktiviti mencari atau membunuh haiwan tanpa kebenaran. | Sekolah Rendah |
berputar | rotate | Bergerak secara berpusing pada suatu paksi yang tetap. | Sekolah Rendah |
nadi | pulse | Denyutan arteri secara beritma yang dapat dirasai dengan jari. | Menengah Rendah |
putaran | rotation | Proses gerakan secara berpusing mengelilingi suatu titik tetap. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |