anemia | anaemia | Penyakit yang terjadi kerana kekurangan sel darah merah atau kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Keadaan ini menyebabkan darah kurang berupaya mengangkut oksigen yang secukupnya untuk keperluan badan. | Menengah Rendah |
pengaglutinatan | agglutination | Proses penggumpalan sel darah akibat tindakan antigen dan antibodi dalam darah. Sel darah merah bergumpal apabila darah daripada kumpulan darah yang berbeza dicampurkan. | Menengah Rendah |
sel darah merah | red blood cell | Sel darah yang berfungsi mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Sel ini berbentuk ceper cekung dan tidak mengandungi nukleus. | Menengah Rendah |
hemoglobin | haemoglobin | Protein pengangkut oksigen yang terdapat di dalam sel darah merah. | Menengah Atas |
hemoglobin | haemoglobin | Sejenis protein yang mengandungi zat besi, terdapat dalam sel darah merah dan berfungsi membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan. | Menengah Rendah |
kumpulan darah | blood group | Jenis darah yang boleh dikelaskan mengikut kehadiran atau ketidakhadiran antigen pada sel darah merah. Darah manusia terbahagi kepada empat kumpulan, iaitu A, B, AB dan O. | Menengah Rendah |
oksihemoglobin | oxyhaemoglobin | Sebatian yang terbentuk apabila oksigen berpadu dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Sebatian ini berwarna merah cerah. | Menengah Rendah |
faktor Rhesus | Rhesus factor | Antigen yang wujud pada permukaan sel darah merah pada kebanyakan manusia. Individu yang mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah positif seperti A+ atau B+. Individu yang tidak mempunyai antigen ini disifatkan mempunyai jenis darah negatif seperti A- atau B-. | Menengah Atas |