Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ra.ngan] | سرڠن

Definisi : 1. perbuatan menyerang (melanggar, menyerbu, merosakkan, dll): Iskandariah di-ancam oleh ~ tentera Afrika Korps yg dipimpin oleh Jenderal Rommel; 2. kecaman keras secara lisan atau bertulis: dlm buku ini kami hanya melakukan ~ ke atas doktrin mereka; ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara, terutamanya ke sasaran musuh di bumi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ra.ngan] | سرڠن

Definisi : serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
serang
Kata Terbitan : menyerang, serangan, penyerangan, penyerang,

Peribahasa

Kata berjawab,
     gayung bersambut.

Bermaksud :

Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Gayung bersambut, kata berjawab).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
jangkitaninfectionSerangan terhadap tisu badan oleh organisma penyebab penyakit dan tindak balas tisu itu pada organisma dan toksinnya.Menengah Rendah
jangkitaninfectionSerangan patogen terhadap tisu badan organisma.Menengah Atas
sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS)Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS)Penyakit yang menyebabkan seseorang tidak berupaya melindungi diri daripada serangan penyakit.Sekolah Rendah
sindrom kurang daya tahan penyakitAIDSPenyakit yang disebabkan oleh virus imunodefisiensi manusia (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam badan seseorang tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.Menengah Rendah
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS)Acquired Immunity Deficiency Syndrome (AIDS)Sindrom pada manusia yang disebabkan oleh virus Human Immunodeficiency Virus (HIV) yang menjadikan sel-sel darah putih dalam tubuh seseorang itu tidak lagi berupaya melindunginya daripada serangan penyakit.Menengah Atas

Kembali ke atas