pengimunan | immunization | Proses menjadikan seseorang imun secara buatan sama ada melalui suntikan antiserum atau penggunaan vaksin. | Menengah Atas |
diet | diet | Pengambilan makanan oleh seseorang individu. | Sekolah Rendah |
cirit-birit | diarrhoea | Keadaan apabila seseorang mengeluarkan najis cair dengan kerap akibat keracunan makanan, perengsaan dadah dan bahan kimia, disenteri, dan taun. | Menengah Atas |
cirit-birit | diarrhoea | Keadaan yang menyebabkan seseorang mengeluarkan najis cair dengan kerap. | Sekolah Rendah |
tak tolerans laktosa | lactose intolerance | Ketidakupayaan seseorang untuk menghidrolisis laktosa kerana kekurangan enzim laktase. | Menengah Atas |
imbang | balance | Pembahagian berat yang sama yang membolehkan seseorang atau sesuatu kekal tegak dan kukuh. | Sekolah Rendah |
penularan | transmission | Perpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung. | Menengah Atas |
menopaus | menopause | Keadaan apabila ovulasi dan kitaran haid seseorang wanita berhenti secara semula jadi, biasanya berlaku pada umur 45 tahun ke atas. | Menengah Atas |
anoreksia nervosa | anorexia nervosa | Penyakit psikologi yang menyebabkan seseorang mengalami kebimbangan yang keterlaluan terhadap peningkatan berat badan. | Menengah Atas |
peringkat dewasa | adulthood | Tempoh masa kehidupan yang dilalui oleh seseorang dalam proses kehidupan selepas zaman remaja sehingga mencapai usia tua. | Menengah Rendah |