larutan kuprum (II) sulfat | cooper (II) sulphate solution | Larutan berwarna biru yang diperoleh dengan melarutkan hablur kuprum(II) sulfat di dalam air. Formulanya, CuSO4 . | Menengah Atas |
sel Daniell | Daniell cell | Sel primer yang terdiri daripada elektrod kuprum yang terletak dalam larutan kuprum(II) sulfat, dan elektrod zink yang terletak dalam larutan zink sulfat, yang dipisahkan oleh suatu pemisah iaitu pasu berlian. Lihat Rajah | Menengah Atas |
kuprum sulfat kontang | anhydrous copper sulphate | Sebatian logam yang berwarna biru muda, tidak mengandungi air atau air habluran. Formula CuSO4. | Menengah Rendah |
kalium sulfat | potassium sulphate | Garam pepejal putih yang terhasil daripada peneutralan kalium hidroksida atau kalium karbonat dengan asid sulfurik. Formula K2SO4. | Menengah Rendah |
alum | alum | Garam sulfat berganda bagi logam seperti natrium dan kalium, digunakan sebagai bahan dalam pewarna, pengeras simen, ubat, bahan kalis api dan untuk menjernihkan air. Alum dikenali juga sebagai tawas. | Menengah Rendah |
hablur | crystal | Bahan pepejal yang mempunyai bentuk yang kukuh disebabkan atom atau molekulnya tersusun mengikut pola tertentu secara teratur. Contohnya, hablur sulfur monoklinik dan hablur kuprum sulfat. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
penyesaran logam | metal displacement | Penggantian logam kurang elektropositif dalam satu sebatian larutan garam dengan logam yang lebih elektropositif dalam siri elektrokimia. Contohnya, zink yang lebih elektropositif berbanding kuprum akan menyesarkan kuprum dari larutan kuprum(II) sulfat. | Menengah Atas |