gas | gas | Jirim yang zarahnya bergerak bebas secara rawak, terpisah antara satu sama lain, mengisi keseluruhan ruang bekas dan dapat dimampatkan dengan mudah. Daya tarikan antara zarah-zarah ini adalah sangat lemah. | Menengah Rendah |
pistil | pistil | Bahagian pembiakan betina pada bunga yang terdiri daripada satu atau lebih karpel yang terpisah atau bercantum. | Menengah Rendah |
tekanan osmosis | osmotic pressure | Tekanan hidrostatik yang dihasilkan oleh sesuatu larutan di dalam ruang yang terpisah oleh membran separa telap, disebabkan oleh perbezaan kepekatan bahan terlarut. Lebih tinggi tekanan osmosis sesuatu larutan, lebih banyak air bergerak ke dalamnya. | Menengah Atas |
batang rayap | runner | Batang yang tumbuh secara mendatar di atas tanah dan seterusnya membentuk tumbuhan yang baharu. Batang ini akan mati dan terpisah dari tumbuhan induknya setelah tumbuhan baharu itu berkembang. Contohnya, batang pada pokok ubi keledek. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Rongga di bahagian tengah badan vertebrat, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan hati. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma.2. Bahagian belakang badan artropod, contohnya serangga yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. | Menengah Rendah |
abdomen | abdomen | 1. Bahagian rongga tubuh vertebrata, yang mengandungi organ-organ seperti perut, usus dan visera lain yang terletak di antara toraks dengan pelvis. Pada mamalia, bahagian ini terpisah daripada toraks oleh diafragma. 2. Bahagian posterior badan artropod, yang mengandungi organ-organ pembiakan dan hampir keseluruhan sistem pencernaan. Lihat Rajah | Menengah Atas |