Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.but] | ترسبوت

Definisi : 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.but] | ترسبوت

Definisi : pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut

Puisi
 

Tenang-tenang air di laut,
     Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut tersebut,
     Budi baik rasa nak junjung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(3)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pembungkusan vakumvacuum packingProses mengawet bahan makanan dengan cara memasukkan makanan tersebut ke dalam beg atau botol kedap udara dan seterusnya mengeluarkan udara daripada bekas tersebut. Lihat RajahSekolah Rendah
pecutanaccelerationKadar perubahan halaju. Pecutan objek bergantung pada daya luar yang bertindak ke atas objek tersebut yang mempunyai jisim malar. Semakin besar daya yang dikenakan terhadap objek tersebut, semakin tinggi pecutan objek itu.Menengah Rendah
tangki balastballast tankRuang khas pada badan kapal selam tempat air dipam masuk untuk menenggelamkan kapal tersebut, dan air ini boleh dipam keluar untuk menimbulkan kapal tersebut di permukaan laut. Lihat RajahMenengah Atas
kawalan biologibiological controlKawalan terhadap haiwan perosak dengan menggunakan organisma lain yang merupakan pemangsa semula jadi kepada perosak tersebut. Contohnya, kutu daun dikawal dengan menggunakan kumbang kura-kura yang memakan kutu tersebut.Menengah Rendah
pendinginancoolingProses mengawet bahan makanan dengan cara menyimpan makanan tersebut di dalam tempat sejuk.Sekolah Rendah
pembotolanbottlingProses mengawet bahan makanan dengan cara makanan atau minuman tersebut dimasak pada suhu yang tinggi untuk membunuh mikroorganisma dan seterusnya disimpan dalam botol kedap udara.Sekolah Rendah
fulkrumfulcrumKedudukan tetap dalam sistem tuas bagi menyokong keseluruhan struktur alat tersebut. Lihat RajahMenengah Rendah
kesegahanturgidityKeadaan tegar sel tumbuhan disebabkan tekanan air terhadap dinding sel tersebut.Menengah Atas
konduktor kilatlightning conductorBahan yang dipasangkan pada bangunan tinggi bagi melindungi bangunan tersebut daripada pancaran kilat. Tiang logam dipasang pada kedudukan tertinggi sesuatu bangunan dan disambung terus ke bumi dengan jalur logam yang tebal.Menengah Rendah
vektorvector1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud.Menengah Atas
123456

Kembali ke atas