testis | testis | Organ pembiakan pada haiwan jantan atau individu lelaki yang menghasilkan sperma. | Menengah Rendah |
testis | testis | Organ pembiakan pada vertebrata jantan yang menghasilkan sperma dan juga hormon testosteron setelah mencapai kematangan seks. | Menengah Atas |
duktus sperma | sperm duct | Saluran yang membawa sperma dari testis ke uretra dalam sistem pembiakan lelaki. | Menengah Rendah |
duktus ejakulasi | ejaculatory duct | Saluran yang menyambungkan saluran sperma dari testis ke uretra. | Menengah Atas |
skrotum | scrotum | Kantung yang terdapat di bahagian luar badan yang berfungsi untuk melindungi testis. | Menengah Rendah |
sistem pembiakan | reproductive system | Sistem yang terlibat dalam proses pembiakan yang terdiri daripada organ seperti ovari, testis, uterus, faraj dan zakar. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
hormon seks | sex hormone | Hormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari. | Menengah Rendah |
progesteron | progesterone | Hormon steroid yang dirembeskan oleh korpus luteum pada ovari, plasenta, dan juga oleh korteks adrenal dan testis. | Menengah Atas |