tinja | faeces | Bahan yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan dikeluarkan melalui dubur. | Sekolah Rendah |
heterotrof | heterotroph | Organisma yang tidak dapat mensintesis makanan sendiri dan bergantung kepada bahan-bahan organik untuk pemakanan yang kompleks. | Menengah Atas |
mikroorganisma | microorganism | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Contohnya, bakteria, virus, protozoa, alga dan yis. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
legap | opaque | Sifat bahan yang tidak dapat ditembusi oleh cahaya. | Sekolah Rendah |
bakteria | bacteria | Hidupan seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan boleh hidup di udara, air, tanah dan di dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. | Sekolah Rendah |
kedap udara | airtight | Keadaan bekas yang tidak dapat dimasuki udara. | Sekolah Rendah |
bahan bukan konduktor | non-conductor | Bahan yang tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan haba. | Sekolah Rendah |
hemofilia | haemophilia | Penyakit keturunan yang menyebabkan darah tidak dapat membeku disebabkan gen resesif yang terukai pada kromoson seks X. Penghidap penyakit ini akan mengalami pendarahan yang teruk jika terluka, kerana darahnya mengambil masa yang terlalu lama untuk membeku. | Menengah Atas |
bahan bukan magnet | non-magnetic material | Objek yang tidak dapat ditarik oleh magnet. Contohnya, getah, plastik dan kayu. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
warna primer | primary colour | Set warna asas yang tidak dapat dihasilkan daripada penambahan warna-warna cahaya yang lain. Contohnya, merah, biru dan hijau. | Menengah Atas |