kanser | cancer | Sejenis penyakit ketumbuhan yang berbahaya di dalam atau di luar badan, yang disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal, tidak terkawal dan sering kali merebak dan merosakkan bahagian lain. | Menengah Atas |
tumor | tumor | Pertumbuhan sel yang tidak normal. Lihat Rajah | Menengah Atas |
leukemia | leukaemia | Sejenis penyakit kanser darah yang disebabkan peningkatan jumlah sel darah putih yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada darah, sumsum tulang dan limfa. | Menengah Rendah |
pemanasan global | global warming | Fenomena alam yang berlaku apabila suhu purata atmosfera bumi meningkat disebabkan peningkatan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera. Keadaan ini menyebabkan perubahan pada pola cuaca. Pemanasan global juga boleh menukar corak cuaca yang normal kepada tidak normal, dan menyebabkan bencana seperti banjir besar, tsunami, kemarau dan ribut taufan. | Menengah Rendah |