diafragma | diaphragm | 1. Tisu yang terdiri daripada otot dan tendon yang memisahkan rongga toraks daripada rongga abdomen mamalia. 2. Alat yang diperbuat daripada getah lembut atau silikon yang dapat menghalang kemasukan sperma, yang digunakan sebagai pencegah kehamilan pada wanita. 3.Kepingan plat tipis yang mengawal kemasukan cahaya, seperti dalam kamera. | Menengah Atas |
tisu vaskular | vascular tissue | Tisu ini mengangkut air dan nutrien dalam tumbuhan. Ia tisu yang terdiri daripada xilem dan floem. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
dermis | dermis | Lapisan tisu bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, kelenjar peluh dan saluran limfa. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
empulur | pith | Bahagian tengah batang tumbuhan, yang berbentuk silinder, lazimnya lembut, dan biasanya terdiri daripada tisu parenkima. Bahagian yang dikelilingi oleh tisu vaskular ini berfungsi sebagai penyimpan makanan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Atas |
pigmen | pigment | 1. Sebarang bahan berwarna yang terdapat di dalam tisu organisma. Contohnya, kloroplas dan fitokrom pada tumbuhan, dan hemoglobin pada darah. 2. Kepekaan terhadap tindakan tenaga sinaran. Contohnya, cahaya. | Menengah Atas |
asid laktik | lactic acid | 1. Asid yang terhasil apabila kekurangan oksigen dalam tisu otot yang aktif. 2. Asid yang terhasil melalui proses penapaian dalam sesetengah mikroorganisma. | Menengah Atas |
medula | medulla | 1. Bahagian tengah atau empulur batang tumbuhan. 2. Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu. Contohnya, bahagian tengah ginjal, dan sumsum tulang. | Menengah Atas |
pertumbuhan semula | regeneration | 1. Penggantian atau pembentukan semula bahagian organisma yang terpotong. 2. Pertumbuhan yang teratur. Contohnya, kultur tisu. | Menengah Atas |