ligamen | ligament | Tisu penghubung bergentian yang menghubungkan satu tulang dengan tulang yang lain pada sendi. | Menengah Atas |
pelvis | pelvis | 1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
tulang | bone | Struktur yang membentuk rangka kebanyakan vertebrat. | Menengah Rendah |
osteoporosis | osteoporosis | Penyakit yang berlaku apabila ketumpatan dan kualiti tulang berkurangan akibat kekurangan kalsium dalam diet. Tulang menjadi lebih berliang dan rapuh. Lihat Rajah | Menengah Atas |
tisu tulang | bone tissue | Tisu yang membentuk rangka untuk menyokong badan. | Menengah Rendah |
ekor | tail | Bahagian tulang belakang yang menganjur keluar dari punggung dan dapat digerak-gerakkan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
artropod | arthropod | Haiwan tanpa tulang belakang yang dicirikan oleh anggota bersendi, badan bersegmen dan rangka luar. Contohnya, udang, semut, labah-labah dan lipan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
riket | rickets | Penyakit kecacatan tulang pada manusia atau haiwan muda, akibat kekurangan vitamin D. Lihat Rajah | Menengah Atas |
vertebrat | vertebrate | Kumpulan haiwan yang mempunyai tulang belakang. Contohnya, ikan dan burung. | Menengah Rendah |
lengkungan pelvis | pelvic girdle | Struktur daripada tulang atau rawan, tempat anggota belakang atau anggota bawah melekat. | Menengah Rendah |