Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laki-laki; kelelakian kelaki-lakian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : manusia drpd jantina yg tidak melahirkan anak dan merupakan pasangan kpd perempuan; laki-laki; peria. kelelakian 1 sifat lelaki; tingkah laku lelaki: Encik Ramli memiliki sifat-sifat ~ yg tulen. 2 keberanian; ketangkasan; kegagahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : lelaki

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lelaki

Puisi
 

Terang bulan terang di kali,
     Buaya timbul disangka mati;
Jangan percaya mulut lelaki,
     Lain di mulut lain di hati.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Penghisap candu gelap.

Bermaksud :

Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.

 

Lihat selanjutnya...(48)

183

Like father, like son

Sifat atau kelakuan anak lelaki lazimnya mengikut sifat atau kelakuan bapanya juga.

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

She married to the most eligible bachelor in town. But now, rumor has it that he intends to marry another girl. She has reason to believe it as he father-in-law used to have four wives! Like father, like son, indeed.

Dia mengahwini jejaka idaman setiap gadis. Namun begitu, kini timbul desas desus bahawa suaminya itu akan berkahwin lagi. Dia terus percaya kerana bapa mertuanya sendiri pernah kahwin empat! Benarlah, bagaimana acuan begitulah kuihnya .

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(42)

Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Perempuan serasan, lelaki pemalu.Pegangan hidup yang tidak serupa. serasan = seperasaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Penghisap candu gelap.Lelaki yang berbuat jahat secara rahsia dengan perempuan, akhirnya akan ketahuan juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan mengambang dikandung awan.Lelaki yang merindukan seorang perempuan, dan perempuan itu telah diambil oleh orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai biawak mengulangi bangkai.Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti anjing mengulangi bangkai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jadi bapa kuda.Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalat memanglah mencari puru.Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lecah di kaki.Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sangkar emas, tenggeran suasa.Lelaki yang menanti isterinya dengan rumah yang bagus serta cukup alat perkakasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing mengulangi bangkai.Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai biawak mengulangi bangkai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti anjing menggonggong bangkai.Lelaki jahat yang membawa perempuan jahat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas