Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : mata;

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mata;

Puisi
 

Cik Buang pergi ke kedai,
     Belikan saya sebatanglah tiang;
Jangan kata saya tak pandai,
     Mata tak tentu mata keranjang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBaiklah baik pasang pelita, Pasang pelita tepi jeraya; Baik-baik berpandang mata, Memandang mata membuat dosa.
Kurik Kundi Merah SagaCik Buang pergi ke kedai, Belikan saya sebatanglah tiang; Jangan kata saya tak pandai, Mata tak tentu mata keranjang.
Kurik Kundi Merah SagaMacam mana mata nak tidur, Daun pauh jatuh melayang; Macam mana mata nak tidur, Dari jauh nampak bebayang.
Kurik Kundi Merah SagaSayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung Katung airnya biru, Tempat orang bermain mata; Tinggal sekampung lagi dirindu, Apa lagi jauh di mata.
Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail di lubuk licin, Dapat ikan beliak mata; Sudah terpandang dahi licin, Rasa nak putus urat mata.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.
Sekalung Budi Seuntai BahasaAnak Cina main gelombang, Nampak dari Tanjung Jati; Tuan umpama bunga yang kembang, Sentiasa hidup di dalam hati. Anak beruk di kayu rendang, Turun mandi di dalam paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya. Anak ikan dimakan ikan, Ikan berenang dalam perigi; Hilang intan berganti intan, Intan bernama payung negeri.
Kurik Kundi Merah SagaKelat mata malam berjaga, Baharu nak tidur kelambu baru; Berbau harum bunga cempaka, Belum kusolek sudah berbau.
Kurik Kundi Merah SagaKeris panjang mata tirus, Ulu keris nampak bersilang; Serta pasang dengan arus, Bergerak surut pasangnya hilang.
12345678910...

Kembali ke atas