Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~ penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu; berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita: ia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dlm bilik itu utk ~ berterusan sahaja; melara melarat atau merana (kerana sedih dll): kebanyakannya orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yg kaya-raya dan bersenang-lenang; terlara-lara ark senantiasa bersedih-sedih, menangis dgn amat sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : berasa sedih; susah hati; pilu: Apalah penawar hatiku yg ~ ini. pelipur ~ penghibur hati yg sedih. melara merana kerana sedih dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : lara

Tesaurus
 
lara
Rujuk :sedih

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
LaraHafidzah Pg AdnanHarian Ekspres26.04.2009
Lara KiranaRuhaini MatdarinUtusan Borneo11.02.2008
Lara bangsa, bahasa Melayu dalam iklan 2Salbiah AniBerita Harian13.03.2008
Lara bangsa, bahasa Melayu dalam iklanSalbiah AniBerita Harian06.03.2008
Lara filem MelayuA. Wahab HamzahUtusan Malaysia20.06.1997
LaraMiziHarian Watan18.11.1997
Lara Budak UranusFaisal TehraniBerita Minggu (Sastera dan Budaya)01.07.2001
Lara Budak UranusFaisal TeluraniBM (SB)01.07.2001
LaraRef IsmailMingguan Wanita29.10.2004
Lara NirmalaIsmail RestuMingguan Malaysia06.06.2004
12345678910...

Kembali ke atas