Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~; memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm ma­syarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan penge­tahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat lang-sung dlm usaha ~ bahasa melalui pener-bitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini; kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi; pemasyarakatan proses (usaha dsb) mema­syarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sekumpulan orang yg hidup bersama di sesuatu tempat dgn cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu: Beliau dihormati sbg pemimpin ~ di kampung saya. ~ siber masyarakat yg berpengetahuan ttg komputer dan teknologi maklumat. bermasyarakat 1 merupakan satu masyarakat. 2 bercampur dlm masyarakat; menggabungkan diri dgn masyarakat. memasyarakatkan memberitahukan, memperkenalkan, menyebarkan dll di kalangan (ahli) masyarakat: Usaha ~ bahasa Melayu dijalankan dgn giatnya. kemasyarakatan hal-hal mengenai masyarakat. pemasyarakatan perbuatan atau hal memasyarakatkan: ~ bahasa melalui bahan penerbitan spt buku dan majalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : masyarakat

Peribahasa

Seperti anjing kepala busuk.

Bermaksud :

Orang yang sangat dibenci oleh masyarakat. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anjing buruk kepala).

 

Lihat selanjutnya...(11)

594

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polarizationpolarisasiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union.
cohesionkesepaduanSains PolitikPolitik PerbandinganPertautan atau persepaduan di kalangan anggota, kelompok atau etnik dalam sesebuah masyarakat. Tahap kesepaduan merupakan ukuran sosial yang penting bagi mempengaruhi kestabilan ekonomi dan politik masyarakat. Masyarakat mempunyai kesepaduan yang tinggi apabila anggota, kelompok atau etniknya menjalankan fungsi masing-masing dalam struktur masyarakat tersebut. Hal ini bermakna, kesepaduan hanya boleh tercapai apabila setiap kelompok masyarakat memenuhi dan memahami fungsi masing-masing sebagai sebahagian daripada struktur yang membentuk masyarakat. Kesepaduan yang tinggi dilambangkan dengan darjah konflik yang rendah. Contohnya, kesepaduan yang telah dibentuk dalam masyarakat Malaysia.
post-industrial societymasyarakat pascaindustriSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat yang telah melalui zaman perindustrian awal dan kini melalui zaman yang lebih maju daripada masyarakat industri. Masyarakat pascaindustri merupakan kesinambungan dengan masyarakat industri. Dalam masyarakat pascaindustri, penggunaan teknologi canggih seperti komputer dan robot amat penting. Keadaan ini meningkatkan penggunaan buruh kolar putih yang bersifat kepakaran dalam pelbagai sektor seperti kewangan, perkhidmatan, pasaran serta pendidikan dan sekali gus mengurangkan penggunaan buruh kolar biru. Kesan daripada perkembangan ini, kilang intensif buruh banyak dipindahkan ke negara sedang membangun, kawasan pinggir bandar semakin diminati kerana kurang sesak dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan birokrasi menjadi lebih kecil. Secara tidak langsung, kesan politik muncul apabila sentimen wilayah atau desakan kepada desentralisasi bertambah apabila wilayah kecil mahukan lebih autonomi daripada pentadbiran pusat.
paternalismpaternalismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang menekankan sistem pemerintahan yang memberi kuasa tertinggi kepada pemimpin untuk menguruskan masyarakat. Masyarakat ditadbir sebagai sebuah keluarga apabila pemimpin menyediakan pelbagai keperluan dan kemudahan asas. Dalam sistem ini, rakyat tidak dibenarkan mempersoalkan kedudukan pemerintah, menuntut hak yang lebih dan bercakap soal politik. Hak sivil dalam masyarakat ini terkongkong walaupun mereka mendapat pelbagai kemudahan. Contohnya, sistem pemerintahan yang diamalkan di negara Arab Saudi.
NITA ( National IT Agenda)NITA (Agenda IT Negara)Teknologi MaklumatTiadaKerangka kerja strategik untuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi bagi mengubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat maklumat , seterusnya masyarakat berpengetahuan, dan akhirnya masyarakat berpengetahuan bernilai tambah (masyarakat madani).
pre-colonial societymasyarakat prakolonialSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat negara sedang membangun yang wujud sebelum kedatangan penjajah. Masyarakat ini bersifat agraria, tertutup dan tidak terdedah kepada unsur kapitalisme dan perindustrian. Budaya politik masyarakat ini bersifat feudal dengan pemerintahan negara dikuasai oleh institusi monarki. Ekononi masyarakat ini masih bersifat sara diri dan hubungan antara anggota masyarakat masih bersifat egalitarian. Struktur sosial masyarakat ini adalah ringkas, homogen dan belum wujud imigrasi yang ketara. Penghijrahan dalaman masih terbatas, tahap pendidikan dan teknologi dalam masyarakat ini juga masih rendah. Contohnya, masyarakat Melayu Melaka sebelum kedatangan Portugis.
heterogenous societymasyarakat heterogenSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen.
state buildingpembinaan negaraPentadbiranPentadbiran Awam

Proses atau tindakan yang dilakukan oleh pemerintah untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat, maju dan makmur. Antara tindakan yang diambil adalah dengan membangunkan masyarakat daripada masyarakat tradisional kepada masyarakat moden, daripada keadaan mundur kepada yang lebih maju, daripada masyarakat yang berpecah kepada yang bersatu padu dan daripada kehidupan serba kekurangan kepada yang sempurna. Pembinaan negara mencakupi pembangunan dan perubahan semua aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, pendidikan, budaya, pengurusan, sains dan teknologi serta pemantapan masyarakatnya. Pembinaan negara tidak akan terhenti selagi wujudnya masyarakat dalam negara tersebut. Contohnya penggubalan dan pelaksanaan Dasar Pembangunan Nasional di Malaysia adalah sebahagian daripada proses pembinaan negara.

sociolinguisticssosiolinguistikSosiolinguistikTiadaCabang ilmu Iinguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. Antara tumpuan kajian ialah kumpulan masyarakat, sikap masyarakat pada bahasa, bahasa standard dan tidak standard dan sebagainya.
anarchyanarkiSains PolitikPolitik Perbandingan1. Keadaan sesebuah masyarakat yang kacau-bilau, tidak wujud kerajaan dan undang-undang untuk mengawal negara tersebut. Keadaan ini berlaku apabila wujudnya konflik politik di kalangan pemimpin atau kegagalan sesebuah kerajaan mentadbir negara. Contohnya, negara Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussein. 2. Konsep masyarakat yang berasaskan kepada kerjasama secara sukarela dan individu yang bebas dalam mengatur hubungan sosial sesama anggota masyarakat. Masyarakat sebegini tidak memerlukan undang-undang, pemerintah dan juga autoriti. Dalam erti kata lain, konsep ini menerangkan keadaan masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Konsep ini digunakan dalam konteks falsafah politik.
12345678910...

Kembali ke atas