Ayat yang manakah benar? 1. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. 2. Menjaga kebersihan sekolah banyak mempunyai kepentingan. | Ayat 1 lebih tepat. Menjaga kebersihan sekolah mempunyai banyak kepentingan. | Tatabahasa | 25.03.2019 |
Ayat yang manakah betul? (a) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak dikecualikan. (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali. | Ayat yang betul: (b) Setiap orang mempunyai rakan, saya juga tidak terkecuali. | Makna | 28.10.2015 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu, ayat yang manakah betul. 1. karya seni mempunyai nilai estetika. 2. karya seni mempunyai nilai estetik. Terima kasih | Karya seni mempunyai nilai estetik. | Tatabahasa | 24.06.2016 |
Adakah frasa "basah kuyup" mempunyai tanda sempang dan dikira sebagai kata ganda? Mohon penjelasan selengkapnya. Terima kasih. | Frasa "basah kuyup" tidak mempunyai tanda sempang dan bukan dalam golongan kata ganda. Frasa tersebut mengandungi dua perkataan yang boleh berdiri dengan sendiri, mempunyai maksud yang berbeza dan boleh membentuk ayat. | Ejaan | 14.06.2021 |
Apakah perbezaan antara 'mempunyai' dengan 'terdapat? Contoh: 1) Sekolah ini terdapat sebuah taman yang cantik. 2) Sekolah ini mempunyai sebuah taman yang cantik. Yang manakah betul? | Kata mempunyai merupakan kata kerja transitif bermaksud memiliki, ayat yang betul ialah Sekolah ini mempunyai sebuah taman yang cantik. | | Tatabahasa | 12.04.2017 |
Tuan, Ayat berikut adalah betul atau tidak: 1. Mei Ying tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. (penggunaan oleh sebab) 2. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. (penggunaan mempunyai) Terima kasih. Ms Ong | Ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 31.10.2016 |
Assalamualaikum 1. Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama lebih tinggi tahap efikasi berbanding guru yang lebih junior. Adakah frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai dengan digantikan dengan kata senior? Kenapa? 2. Guru yang memiliki efikasi kendiri dan efikasi mengajar menyumbang kepada perubahan tingkah laku positif murid. Adakah kata efikasi pada frasa efikasi mengajar perlu digugurkan? 3. Hiperaktif merupakan kategori masalah penyesuaian tingkah laku yang paling kerap dilakukan oleh kanak-kanak yang berusia antara tiga hingga enam tahun. Apakah tepat penggunaan kata dilakukan dalam konteks ayat di atas? Adakah kata ditimbulkan atau dicetuskan lebih tepat? Terima kasih | Wa alaikum salam. Jawapan bagi soalan 1: Daripada sudut tatabahasa, kedua-dua frasa iaitu "Guru yang mempunyai pengalaman lebih lama" dan "senior" boleh digunakan dan betul penggunaannya. Walau bagaimanapun, daripada sudut kesopanan dan aspek semantik, frasa "yang mempunyai pengalaman lebih lama" lebih sesuai digunakan. Jawapan bagi soalan 2: Kekalkan frasa "efikasi mengajar" dalam ayat tersebut. Jawapan bagi soalan 3: Penggunaan kata "ditimbulkan" lebih tepat dalam konteks ayat tersebut.
| Makna | 31.05.2017 |
menggonggong mempunyai berapa "g" | Terdapat 5 huruf "g" dalam perkataan "menggonggong". Untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan ini, saudara bolehlah mendapatkan Kamus Dewan Perdana (KDP), terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). KDP merupakan kamus bahasa Melayu terbesar dan terlengkap yang dihasilkan oleh DBP. Lebih daripada 120 ribu entri dan subentri yang merangkumi kata umum, istilah, dialek dan kata bahasa serumpun. Analisis baharu berdasarkan data korpus lebih daripada 113 juta kata dalam korpus DBP, di samping penggunaan kata di Internet. Terdapat juga maklumat pemenggalan kata, ejaan Jawi, sebutan dan kelas kata. Sekitar 7000 maklumat etimologi disediakan dalam kamus ini.
| Lain-lain | 22.03.2022 |
Kami mempunyai beberapa perkataan yang memerlukan terjemahan dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu seperti Metrologist, pattern approval, type approval, traceability, legal metrology, Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI), Legally relevant | Cadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah: Metrologist - "ahli metrologi" pattern approval - "kelulusan corak" type approval - "kelulusan Jenis" traceability - "kebolehkesanan" legal metrology - "undang-undang Metrologi" Non-Automatic Measuring Instrument (NAWI) - "Alat Pengukur Bukan Automatik (NAWI)" Legally relevant - "relevan di sisi undang-undang" | Makna | 17.03.2022 |
Sandra mempunyai rambut ikal mayang yang sungguh menawan. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan ikal mayang. Adakah perkataan tersebut adalah kata majmuk?. Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Saudari, Kata Majmuk merupakan 2 kata dasar yang dirangkaikan untuk membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai 1 unit walupun lazimnya ejaannya terpisah. Oleh itu, perkataan ikal mayang merupakan kata majmuk. Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Pedoman Bahasa. | Tatabahasa | 02.06.2020 |