Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : mesin basuh

Tesaurus
 
mesin
Rujuk :jentera


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penulenan1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulen(tulén) tidak bercampur (dgn yg lain), bukan tiruan, asli, sejati: anak Melayu ~; emas ~ emas yg sejati (bukan campuran); ketulenan perihal tulen, keaslian, kesejati­an: duit ialah sj mata wang yg dibuat drpd logam yg mempunyai timbangan dan ~ yg diakui oleh pihak pengeluarnya; penulenan 1. proses menulenkan sesuatu unsur: proses ~ silikon; 2. alat utk menceria­kan sesuatu spt air, udara, dll: milikilah ~ air percuma yg istimewa ini apabila anda mem-beli mana-mana mesin basuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaki I1. anggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan (berdiri, melompat, dsb): sebelah ~nya dilunjurkan; ~ kewet Kl kaki tempang; (ber)jalan ~ berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan; mesin (jahit) ~ mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; 2. bahagian kaki (anggota badan) yg di sebelah bawah (dr buku lali ke bawah): ~nya terlalu besar utk kasut itu; tapak ~ permukaan kaki yg di bawah se­kali (dr tumit hingga ke jari); 3. bahagian (sbg penyangga atau penopang) tempat se­suatu benda berdiri: ~ kerusi; ~ meja; 4. bahagian yg di sebelah bawah sesuatu; ~ gunung bahagian bawah gunung; ~ kain bahagian kain sarung yg di sebelah bawah; ~ langit bahagian langit yg kelihatan spt ber­temu dgn permukaan laut atau bumi; ~ seluar bahagian seluar yg menyelubungi kaki (apabila dipakai); 5. penjodoh bilangan bagi beberapa jenis benda: se~ bunga; se~ payung; se~ kunyit; 6. ukuran panjang yg sama dgn 12 inci atau 30 sentimeter: kira-kira satu ~ setengah tingginya; 7. ki (orang yg) suka melakukan sesuatu: ~ arak; ~ pancing; ~ arak orang yg suka minum arak; ~ bajang tiang yg beralaskan batu dll yg lebar; ~ bangkang orang yg sering menentang atau tidak bersetuju dgn pandangan, pendapat dsb orang lain; ~ bangku (orang yg) tidak pandai ber­main (menyepak) bola; ~ botol orang yg suka minum minuman keras; ~ buli orang yg suka menyakiti, menganiayai atau menakuti orang yg lemah (utk membuat sesuatu); ~ butang benang penjahit yg dililitkan di bawah butang yg dikenakan pd baju dll; ~ gaduh (orang yg) suka bergaduh; ~ hutan tepi (pinggir) hutan; ~ judi (orang yg) suka berjudi; ~ lima a) lantai di antara depan (deretan) kedai atau rumah dgn tepi jalan; b) lantai yg beratap yg meng­hubungkan dua buah rumah; ~ (meng)umpat orang yg suka mengumpat; ~ pancing orang yg suka dan biasanya pandai memancing; ~ papan unit ukuran papan gergaji (dgn dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu inci tebal); ~ perempuan orang yg suka main perempuan; ~ seribu lari kerana ketakutan, langkah seribu; ~ telanjang kaki yg tidak berkasut; ~ tengkar orang yg suka bertengkar; ~ tiga penopang kamera dll, tripod; ~ tiung padi yg hampir masak; ~ tunggang kaki botol; ~ naik, kepala turun prb tidak berhenti-henti bekerja utk mencari rezeki; ~ pekuk lenggang ke perut prb orang yg hodoh; ~ sudah ter-langkahkan, tangan sudah terjembakan Mn, prb sudah melakukan kesalahan; berjalan peliharakan ~, berkata peliharakan lidah prb berhati-hati apabila melakukan atau mem­perkatakan sesuatu; cepat ~ ringan tangan prb sangat cekap dan suka menolong; naik basuh ~ sahaja prb mendapat sesuatu dgn mudah sahaja; terikat ~ tangan prb tidak bebas atau tidak berkuasa (lagi); berkaki mempunyai (memakai) kaki; ~ seribu lari kerana ketakutan, membuka langkah seribu; ~ kpd (pd) bergantung pd; mengaki 1. turut bekerja dgn tidak mendapat bayaran (upah); 2. menurut segala perintah, mengabdi, patuh: betapa garangnya ia, tunduk ~ juga kpd anggota polis; ~ langit rata (lurus) sbg kaki langit; ~ meja bp tidak naik darjah; pekaki; ~ layar galah besar di sebelah bawah layar.Kamus Dewan Edisi Keempat
cuci; ~ calat bersih sebersihnya; ~ darah a) membersihkan darah dgn memakan ubat; b) proses membersihkan darah dgn meng­gunakan sj mesin (darah yg beredar ditapis melalui membran separa telap dlm mesin tersebut utk membuang keluaran buangan), hemodialisis; ~ mata a) membersihkan mata dgn air dll; b) melihat-lihat perempuan dll utk menyeronokkan hati; ~ muka a) mem­basuh muka; b) Id tempat air utk membasuh muka; ~ perut a) julap, urus-urus, pencahar; b) membersihkan perut dgn julap dll; ~ tangan a) membersihkan tangan; b) Id tempat air basuh tangan; c) tidak mahu terlibat dlm hal orang; bercuci ki bersunat, berkhatan; mencuci 1. membersihkan dgn air, mem­basuh: ~ pinggan mangkuk; ~ kain; 2. membersihkan (mengesat atau menyapu dgn penyapu bulu ayam, dll): setiap pagi, meja saya dicuci oleh peon; ~ filem menjadikan filem negatif drpd filem dan positif (gambar) drpd filem negatif; ~ mata cuci mata; mencucikan 1. mencuci sesuatu utk orang lain; 2. memberikan (menghantar) sesuatu supaya dicuci: saya pergi ~ baju tadi; 3. ki menyunatkan, mengkhatankan; cucian 1. barang-barang yang dicuci (spt kain, baju, dll); 2. cara mencuci, hasil mencuci: ~nya tidak bersih; pencucian 1. perihal (perbuatan) mencuci; 2. tempat mencuci; pencuci 1. orang yg mencuci, tukang cuci; 2. alat (benda dll) yg digunakan utk mencuci; ~ mulut benda manis (spt buah-buahan dsb) yg dimakan selepas makan nasi dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
basuhmembasuh membersihkan sesuatu dgn air; mencuci: Tiap-tiap hari Ahad, saya menolong ibu ~ kain baju. basuhan apa-apa yg dibasuh. pembasuhan perbuatan atau hal membasuh. pembasuh 1. orang yg membasuh; pencuci: Dahulu saya pernah menjadi ~ kain baju orang. 2. alat yg digunakan utk membasuh: mesin ~ kain; ~ mulut sesuatu yg dihidangkan selepas makan nasi.Kamus Pelajar

Kembali ke atas