Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan berikut: 1) pemeleh Contoh ayat: Biasanya rumah jenis ini mempunyai dua pemeleh yang besar. 2) peleh Contoh ayat: Dikenali dengan nama rumah bujang atau rumah berpeleh tiang enam. setelah dirujuk dalam kamus dewan yang terbaru, tidak terdapat maksud perkataan tersebut, saya juga merujuk melalui carian kata di laman web ini. Sila bantu saya. Terima kasihMemang tidak terdapat kata pemeleh dalam KD terbaharu. Namun begitu perkataan peleh terdapat dalam KD dengan membawa maksud menyapu bedak ke muka. Tetapi kami beranggapan, maksud tersebut bukanlah pengertian sebenar yg sdr kehendaki. Namun begitu terdapat satu perkataan lain dalam KD iaitu pilar yg bermaksud tiang tegak yg diperbuat drpd batu dll, digunakan sbg penyokong hiasan dsb. Mungkin juga perkataan pemeleh itu bukanlah dalam sebutan baku, tetapi dalam sebutan dialek negeri tertentu. Kami berkeyakinan perkataan pilar itulah yg sdr cari. T.kasih.Lain-lain03.09.2008
Mohon pencerahan berhubung : 1. Perbezaan kata 'memerhatikan' dengan 'memperhatikan' dan cth penggunaan yang tepat. 2. penggunaan kata 'memakan', 'memakankan', dan 'makan'. Terima kasih

Jawapan 1

Mengikut takrifan Kamus Dewan Edisi Keempat memperhatikan sama maksud dengan memerhatikan.

Memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama, iaitu mengendahkan.

Penggunaan yang betul ialah “memerhatikan” yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, atau menjaga. Kata “memperhatikan” tidak digunakan kerana awalan 'Memper -'  lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh).

Contoh ayat ialah Pegawai polis sedang memerhatikan setiap pergerakan penjenayah itu semenjak minggu lepas.

 

Jawapan 2

Memakan

Perkataan memakan biasanya digunakan dalam menyampaikan maksud mengambil (contoh ayat, Proses baik pulih rumah itu memakan masa enam bulan), merosakkan, membinasakan, memusnahkan (contoh ayat, Anai-anai telah memakan tiang rumah usang itu), dan mematikan (contoph ayat, Dalam permainan dam aji, pemain yang dapat memakan lawannya yang paling banyak dinobatkan sebagai pemenang)

Memakankan

Perkataan memakankan mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mempunyai dua maksud. Pertama, memasukkan benang pakan pada kain yang ditenun. Kedua, mengusahakan supaya sesuatu dimakan atau memakan untuk seseorang.

Makan

Perkataan makan digunakan untuk menyampaikan pelbagai maksud. Pertama, bermaksud memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. Kedua, merujuk kepada rezeki (contoh ayat, Dia tidak dapat mencari makan hari ini kerana teksinya rosak). Ketiga, bermaksud menggunakan, menghabiskan atau memerlukan (contoh ayat, Projek membina jambatan itu makan belanja yang besar). Keempat, makan merujuk kepada melukai atau menembusi (contoh ayat, Tikaman kerisnya tidak makan). Kelima, bermaksud bekerja seperti yang dijangkakan (contoh ayat, Brek basikal itu tidak lagi makan). Keenam, bermaksud dapat masuk (contoh ayat, Paku itu hanya setengah inci masuk ke dalam papan. Ketujuh, bermaksud mengikut atau menerima (contoh ayat, Inilah jadinya kalau orang yang tidak makan nasihat). Kelapan, bermaksud menggelapi atau mengambil secara haram (contoh ayat, Pegawai perumahan itu kuat makan duit).

Makna25.02.2014

Kembali ke atas