Sila jawab soalan, saya bukan tanya tentang definisi dalam Kamus Dewan, saya sudah tahu tahu definisi gewang dalam Kamus Dewan. Soalan saya dalam bidang pemancingan adakah gewang juga dikenali sebagai umpan tiruan? Hal ini kerana saya melihat istilah ini kerap digunakan untuk merujuk umpan pancing tiruan. | Istilah "gewang" sebagai kata yang merujuk umpan tiruan masih belum dirakam dalam data kami. Istilah ini boleh dicadangkan dalam gerbang kata DBP sebagai satu kata baru yang merujuk umpan tiruan. | Lain-lain | 23.09.2019 |
Asalamualaikum DBP. apakah kategori perkataan 'tahu'? saya rujuk dalam Tatabahasa Dewan tentang 'tahu', katanya 'tahu' ialah kata kerja. Tetapi dalam ayat di bawah, susunan perkataan 'tahu' adalah betul iaitu di depan kata kerja 'bercakap'. Tetapi apa yang saya tahu, dalam 1 ayat tidak boleh ada 2 kata kerja. Jadi tolong terangkan apakah golongan kata 'tahu' tersebut. 'saya tahu bercakap bahasa Melayu'. | Berdasarkan rujukan kami, perkataan tahu merupakan kata kerja. | Tatabahasa | 10.11.2017 |
Tidak tahu diuntung atau Tidak tahu dek untung? | Tidak tahu diuntung, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=diuntung untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? | 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 05.06.2010 |
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." | a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar. b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya. | Ejaan | 31.10.2011 |
assalamualaikum tuan/puan. saya ingin bertanya soalan mengenai perkataan TAHU atau TAU. bolehkah perkataan TAU digunakan kerana maksudnya juga seerti dengan TAHU. sekian, terima kasih. | Perkataan tau merupakan bahasa pasar bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa pasar. | Tatabahasa | 27.02.2013 |
Syimah Hasan THURS 11:47 Assalamualaikum dan selamat pagi. saya syimah dari BM World boleh saya tahu bagaimana untuk saya tahu program atau aktiviti yang dianjurkan oleh DBP untuk pelajar | Segala program yang berkaitan dengan kursus dan bengkel kemahiran berbahasa, kesusasteraan dan penerbitan diuruskan oleh Akademi DBP. Sila hubungi Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau melalui taliann 03-21479000/9001/9002. | Lain-lain | 06.04.2017 |
Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih. | Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini. Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Penerangan: Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut: Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Tatabahasa | 31.12.2017 |
konsep pembelajaran | Assalamualaikum Secara amnya pembelajaran adalah proses memahami sesuatu yang sebelumnya kita tidak tahu atau faham. Contohnya (i) Sebelum belajar kita tidak tahu (faham), tetapi bila telah belajar kita tahu (faham). (ii) Sebelum belajar kita tidak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita boleh buat. Jika perkara (i) dan (ii) di atas berlaku maka proses pembelajaran telah berlaku. Jika sebaliknya iaitu, (iii) Sebelum belajar kita tak tahu (faham), tetapi selepas belajar kita tmasih ak tahu (faham). (iV) Sebelum belajar kita tak boleh buat sesuatu tetapi setelah belajar kita tetap tidak boleh buat Jika perkara (iii) dan (iv) terjadi maka proses pembelajaran tidak berlaku. Yang saya huraikan di atas adalah konsep asas pembelajaran. Proses pembelajaran terjadi kepada setiap individu lebih kompleks lagi. Ia melibatkan proses kognitif, proses berfikir. Saudara bolehlah merujuk buku-buku pendidikan yang ada membincangkan konsep pembelajaran. Empat teori Pembelajaran seperti (i) Behaviourist (ii) Humanist (iii) Kognitivist (iii) Konstructivist Harap cari artikel ini dan baca dengan faham daripada tidak faham sebelum ini menjadi faham selepas membacanya supaya proses pembelajaran berlaku. Jika setelah membaca perkara tersebut masih lagi tidak faham maka proses pembelajaran belum lagi berlaku. Pastikan proses pembelajaran berlaku iaitu dengan membaca beberapa artikel atau buku sehingga faham. | Lain-lain | 28.03.2010 |
Salam sejahtera DBP, 1. Berdasarkan balasan khidmat nasihat pada 5 Jun 2010, 10#, mengapa 'apa' digunakan dalam ayat ini? sumber: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=saya+tidak+tahu+apa&d=10 Soalan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Adakah penggunaan "bagaimana" dan "apa" dalam ayat-ayat tersebut betul? Jika salah, bolehkah tuan tunjukkan cara yang betul? Jawapan : 1.Saya tidak tahu bagaimana membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Penggunaan perkataan bagaimana dan apa dalam kedua-dua ayat tersebut adalah betul. Jenis Soalan: Tatabahasa Tarikh Soalan: 05.06.2010 terima kasih. | Untuk makluman, "bagaimana" dan "apa" ialah kata tanya. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat . Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah. Contohnya: 1. Kesihatannya sekarang bagaimana? 2. Bagaimankah kesihatannya sekarang? 3. Yang di dalam kotak itu apa? 4. Apakah yang di dalam kotak itu? Oleh itu, ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1.Saya tidak tahu cara membuat kuih itu. 2.Saya tidak tahu perkara yang sedang dilakukannya.
| Tatabahasa | 11.02.2014 |