Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh
sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang
besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di
Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai
Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di
Asia.
Lembangan juga bermaksud kawasan yang
sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.
Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan
airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,
menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini
mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt
di Utah, Amerika Syarikat.
Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam
Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang
disebut di dalam rencana ini.
Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang
besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini
terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai
ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu
daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan
Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana
sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan
bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar
kawasan.
Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira
520 000 kilometer persegi di California,
Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink
(kawasan rendah yang boleh menampung air)
terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang
terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan
Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di
lembangan ini ialah (Death Valley) di California.
Lembangan Besar Artois ialah lembangan
artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini
terletak di dalam sebahagian besar Queensland,
utara New South Wales, dan sudut timur
laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan
kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer
persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan
bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat
Telaga artois .