Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang". | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Katanya, "Adalah wajar bagi kita sebuah negara "membangun" berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri. Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan, negara kita tidak akan mempunyai peribadi dan keperibadian dan apa yang boleh saya ungkapan sebagai negara yang tidak berjiwa dan tidak "bernyawa".” membangun dan bernyawa merupakan Kata kerja tak transitif tak berpelengkap? adakah membangun merupakan kata kerja/ kata adjektif? | Bernyawa ialah kata kerja tak transitif berpelengkap, manakala membangun ialah kata adjektif yang sama maksudnya dengan maju dan berkembang. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Adakah 'Tindakan sewajarnya' betul? Oleh sebab tindakan diambil sepatutnya wajar ataupun wajib? | Frasa "tindakan sewajarnya" adalah betul merujuk kepada tindakan yang dirasakan wajar diambil berdasarkan situasi dan pertimbangan yang lain. | Tatabahasa | 23.08.2011 |
penggunaan perkataan PADAN. Adakah boleh digunakan dalam ayat di bawah ini? Perhiasan di dalam rumah Puan Esah tidak padan dengan keadaan rumahnya yang telah usang. | Boleh digunakan kerana padan sinonim dengan sesuai: cocok, layak, patut, wajar">wajar, kena. | Tatabahasa | 21.10.2010 |
Ayat mana satukah yang wajar? 1) Sultan melantik Hang Tuan sebagai Bendahara Melaka. 2) Sultan melantik Hang Tuan untuk menjadi Bendahara Melaka. Dalam jawapan anda, sila sertakan penjelasan bagi perbezaan antara "sebagai" dan "untuk menjadi" dalam kedua-dua ayat di atas. Terima Kasih. | Ayat pertama yang wajar, iaitu Sultan melantik Hang Tuah sebagai Bendahara Melaka. Makna 'sebagai' ialah jadi, menjadi, selaku. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
saya NANDHANA ingintanya satu soalan.Apakah kesalahan tatabahasa dalam ayat tersebut? Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini dan wajar dikuasai oleh semua rakyat. | Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara ini dan wajar dikuasai oleh semua rakyat. Penggunaan kata pemeri yang betul ialah, bukan adalah. | Tatabahasa | 12.04.2016 |
terjermahan 'due diligence' kepada 'usaha wajar' macam tidak kena. Tak menepati konsep betul. Main terjermah je ke? "Pemeriksaan Terperinci" lagi tepat. Bila Syarikat kata due diligence ini melibatkan kerja-kerja penelitian, menentu kesahihan berbagai maklumat dan sebagainya. Atau kalau nak kata 'Penilitian Terperinci" pun boleh. | Menurut kamus undang-undang yang telah diterbitkan oleh MABBIM maksud due diligence ialah usaha wajar. Setiap istilah yang digubal mengikut konsep ayat dan bidang bagi mendapatkan terjemahan yang betul. Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang padangan mengenai istilah tuan/puan boleh memberikan cadangan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/. | Makna | 03.12.2016 |
Salam tuan/puan, Apakah padanan istilah yang tepat bagi "proper shipping name"? Biasa ada dalam Risalah Data Keselamatan. Terjemahan saya ialah Nama Dagang Wajar. | Terjemahan yang sesuai bagi "proper shipping name" ialah Nama perkapalan yang sesuai atau Nama perkapalan wajar | Makna | 02.06.2017 |
Saya dalam proses menulis sebuah novel yang berkisar tentang gelagat pekerja-pekerja di sebuah pejabat. Cadangannya, saya ingin memberi novel tersebut dengan judul "Ofis" atau "Opis". Adakah wajar saya memilih judul sedemikian. Sekian, dan terima kasih atas maklumbalas. | Perkataan ofis merupakan bahasa percakapan. Bahasa yang baku ialah pejabat. Oleh yang demikian adalah tidak wajar perkataan ofis digunakan sebagai judul novel tersebut. | Ejaan | 12.05.2008 |
Ungkapan sedikit sebanyak wajar digantikan dengan sedikit banyak. Hal ini menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan. Tolong berikan ulasan ringkas terhadap kenyataan ini. | Merujuk kepada Kamus Dewan, ungkapan yang kebiasaannya digunakan ialah "sedikit sebanyak". Mohon agar saudara dapat memberikan sedikit maklumat apakah yang dimaksudkan dengan menyalahi kebiasaan dan kelihatan bertentangan agar pihak kami dapat berkongsi maklumat tersebut serta sumber yang saudara perolehi berkaitan perkara ini. | Tatabahasa | 14.06.2007 |