Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : I 1. (perasaan) sangsi: dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~; 2. (perasaan) curiga, kecurigaan: drpd perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya; seorang babu yg tidak pernah aku lihat yg berwajah samseng mengerling aku dgn ~ dr pintu; 3. khuatir: janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba; mewaswaskan menyebabkan berasa waswas: saya ingat tidak ada apa-apa lagi yg boleh ~ hati; kewaswasan rasa (keadaan) waswas: dlm dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar sangkaan buruk yg merunsingkan hati (fikiran dll), godaan batin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 (berasa) ragu-ragu; (berasa) bimbang: Saya ~ melepaskannya ke pekan. 2 (berasa) curiga. 3 (berasa) khuatir: Janganlah awak ~ terhadap janji saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Adakah anda bermaksud : waswas

Tesaurus
 
waswas
Kata Terbitan : wawasan,

Peribahasa

Memegang besi panas (= hangat).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu dengan kekhuatiran (waswas dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
for the avoidance of doubtbagi mengelakkan waswasUndang-undangTiadaTiada
benefit of the doubtfaedah kesangsianUndang-undangTiada1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan.

Kembali ke atas